Seperti yang dijanjikan oleh Bandai Namco sebelum ini, mereka kini akhirnya melancarkan permainan SD Gundam G Generation Cross Rays yang mana ianya tiba di konsol PlayStation 4, Switch dan juga di PC.

Bersempena dengan pelancaran tersebut, mereka juga berkongsi video acah khas yang memperlihatkan bentuk permainan dan beberapa adegan daripada permainan tersebut.

Menariknya, dari segi pelancaran di PlayStation 4, Bandai Namco juga mengumumkan demo buat permainan tersebut boleh dimuat-turun secara percuma yang mana ianya peringkat awal untuk 4 siri Gundam dan pemain boleh sambung kemajuan setelah pemain membeli permainan penuh.

SD Gundam G Generation Cross Rays adalah permainan strategi pertempuran secara turutan seperti siri sebelum ini. Namun melalui permainan ini, ianya akan memfokuskan penceritaan Gundam dari siri Gundam Seed, Gundam Wing, Gundam OO dan Gundam Iron-Blooded Orphan. Dari segi bahasa, ianya juga menyertakan suara latar bahasa Jepun dengan sari kata bahasa Inggeris.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, ianya boleh dibeli di PSN Store dengan harga RM249, manakala di PC melalui Steam pula berharga RM179.

Sohor Kini