Peminat-peminat filem Star Wars pasti tidak sabar untuk menonton filem Star Wars episod kesembilan, Star Wars: Rise of The Skywalker. Filem ini juga merupakan filem terakhir untuk sekuel trilogi yang mempunyai kisah Skywalker. Selepas ini akan ada trilogi lain pula, namun butiran masih belum dikongsi. Filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 19 Disember, kurang sebulan lagi.

Hari ini, GSC mula menjual barangan eksklusif Star Wars: Rise of The Skywalker. Yang pertama adalah “Star Wars Saber Combo“, iaitu botol air berbentuk Light Saber, bertih jagung dan air minuman bersaiz biasa. Terdapat dua pilihan botol, iaitu Light Side atau Dark Side dan harganya adalah RM33. Seterusnya adalah “Triple Troopers Combo” iaitu botol air yang lebih premium, ia dibina berasaskan aluminium dan mempunyai kepala plastik Kylon Ren, Stormtrooper dan Red Sith Trooper. Harga jualan adalah lebih mahal iaitu RM78 dan GSC menyertakan sekali satu bertih jagung besar dan dua air bersaiz biasa.

Jika anda rasakan dua kombo ini mahal, GSC turut menjual set air Coca-Cola Tanpa Gula edisi Star Wars: Rise of The Skywalker. RM8 untuk satu botol air Coke bertemakan filem ini bersama-sama dengan satu cawan jagung. Dengan tambahan RM5, iaitu RM13 pembeli akan menerima pin judul filem. Kesemua ini boleh dibeli bermula hari ini 28 November di lokasi GSC terpilih yang boleh anda rujuk di pautan ini.

Sohor Kini