Informasi Permainan Video Terkini
2 Lagi Permainan Percuma Untuk Stadia Pro Tiba Disember Ini – Farming Simulator 19 Dan Tomb Raider

2 Lagi Permainan Percuma Untuk Stadia Pro Tiba Disember Ini – Farming Simulator 19 Dan Tomb Raider

Diterbitkan pada November 28, 2019 oleh .

Stadia boleh dikatakan dilancarkan secara tidak baik, terdapat pelbagai masalah dan juga pelbagai fungsi masih tidak disediakan secara penuh. Namun sekurang-kurangnya, pemilik Stadia Pro bakal menerima dua lagi permainan percuma iaitu Farming Simulator dan Tomb Raider.

Ia merupakan permainan percuma untuk Stadia Pro bagi bulan Disember, menyertai Destiny 2: The Collection dan Samurai Showdown yang ditawarkan pada bulan ini. Bagi pemain yang sudah membeli dua permainan tersebut, Google juga akan membayar balik pembelian tersebut.

Stadia sudah pun dilancarkan pada 19 November lepas tetapi terhad untuk pengguna yang memiliki Stadia Founder’s Edition sahaja.


TIPS & ULASAN