The Stanley Parable: Ultra Deluxe Ditundakan Sehingga Tahun Hadapan

Tahun lepas, Galatic Cafe mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan The Stanley Parable: Ultra Deluxe iaitu versi permainan asal Stanley Parable yang dilancarkan pada 2013 lepas, namun dengan menyertakan pelbagai kandungan tambahan bersama dengan pengakhiran baharu.

Terkini melalui laman rasmi Youtube pembangun permainan tersebut iaitu Crows Crows Crows, mereka mengumumkan yang mana permainan tersebut akan ditundakan sehingga tahun hadapan.

Melalui video tersebut, pembangun berkongsi sebilangan surat dan emel dari peminat yang diterima oleh mereka yang mana kelihatan peminat meminta supaya mereka menundakan permainan tersebut memandangkan tahun 2019 sudah hampir tamat.

Semestinya dengan penundaan ini, pembangun akan mempunyai lebih masa untuk menghasilkan permainan tersebut dengan lebih baik tanpa sebarang cacat cela dan kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Crows Crows Crows untuk pembangunan The Stanley Parable: Ultra Deluxe.

The Stanley Parable telah pun dilancarkan di PC melalui Steam dan menariknya anda boleh dapatkan permainan ini serendah RM12 sahaja melalui tawaran khas sehingga 4 Disember ini.

Sohor Kini