Bagi anda yang memiliki permainan penuh The Dark Pictures Anthology: Man Of Medan, Bandai Namco hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan pas kawan secara percuma untuk pemain tebuskan bersama seorang kawan.

Menurut Bandai Namco, tawaran ini adalah bermula hari ini sehingga 6 Januari 2020 ini di mana anda boleh kongsikan 1 pas kawan terhadap kawan anda, di mana beliau kemudian berupaya untuk bermain bersama anda secara atas-talian melalui mod penceritaan.

Untuk mendapatkan akses pas kawan tersebut, pertama sekali anda hanya perlu memuat-turun kemaskini terkini buat permainan tersebut, manakala rakan anda perlu memuat-turun permainan Man Of Medan versi percubaan “Trial” di platform pilihan.

Kemudian pemain yang memiliki permainan penuh tersebut hanya perlu menjemput pemain melalui platform pilihan dan rakan pemain boleh terus memasuki permainan tersebut secara terus.

Menurut Bandai Namco, tawaran ini disertakan buat semua platform permainan tersebut termasuklah di konsol PlayStation 4 dan Xbox One. Manakala bagi versi Steam, anda boleh menonton video di bawah.

Selain itu, Bandai Namco juga umum kandungan Curator’s Cut yang mana sebelum ini terhad buat pemain yang menghabiskan permainan ini juga kini dilancarkan buat semua pemain melalui kemaskini terkini permainan tersebut.

The Dark Pictures Anthology: Man Of Medan telah pun dilancarkan sebelum ini di mana kami juga telah pun mengulasnya secara penuh. Bagi anda yang ingin membacanya, anda boleh ke pautan di bawah.

Sohor Kini