Permainan Death Stranding yang baru sahaja dilancarkan awal bulan ini semestinya mendapatkan pelbagai kritikan di Internet dan boleh dikatakan ia menjadi satu lagi “Meme” di Internet yang banyak mempersendakan bentuk permainan yang seakan permainan simulasi penghantaran barang.
Terkini, PlayStation Korea berkongsi satu video iklan parodi khas yang sangat kelakar dengan mempersendakan bentuk permainan Death Stranding tersebut.
Semestinya video ini adalah hanya satu jenaka sahaja dari PlayStation, meskipun begitu ianya masih lagi kelakar dan tidak dapat dinafikan bentuk permainan yang diperlihatkan sedikit sebanyak mencerminkan bagaimana permainan Death Stranding dimainkan.
Death Stranding telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 pada 8 November 2019 lepas yang mana ianya juga diumumkan akan tiba di PC sekitar tahun hadapan.
Bagi anda yang ingin membaca ulasan kami buat Death Stranding, anda boleh ke pautan ini. Selain itu kami juga kongsikan 5 panduan sebelum anda bermain permainan tersebut di sini.