Microsoft hari ini akhirnya mengumumkan permainan-permainan percuma yang bakal mereka sertakan untuk pelanggan Xbox Live Gold bagi bulan Disember ini yang mana ianya akan menyertakan dua permainan Xbox One, dan dua permainan Xbox 360.
Berikut adalah senarai permainan yang bakal tiba secara percuma buat pelanggan Xbox Live Gold:
- Insane Robots – Boleh ditebus dari 1 hingga 30 Disember
- Jurassic World Evolution – Boleh ditebus dari 16 Disember hingga 15 Januari
- Toy Story 3– Boleh ditebus dari 1 hingga 15 Disember
- Castlevania: Lords Of Shadow Mirros Of Fate HD – Boleh ditebus dari 16 hingga 31 Disember
Xbox Live Gold merupakan langganan khas buat pengguna konsol Xbox yang mana ianya bermula dengan harga $9.99(~RM42) untuk sebulan dan $59.99(~RM252) untuk 12 bulan. Anda juga boleh mendapatkannya bersama langganan Xbox Game Pass, melalui Xbox Game Pass Ultimate yang diumumkan sebelum ini.
Jangan lepaskan peluang anda untuk memuat-turun permainan-permainan tersebut menjelang Disember ini. Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan bulan November, anda masih lagi boleh memuat-turun sebahagian daripadanya hari ini.