Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Rockstar Games sebelum ini, tarikh pelancaran permainan Red Dead Redemption 2 di Steam akhirnya diumumkan di mana ia bakal tiba pada 6 Disember 2019 ini.

Dari segi harga, ianya masih belum diumumkan, namun bagi anda yang ingin memasukkannya ke senarai hajat, laman Steam permainan tersebut sudah pun boleh diakses.

Red Dead Redemption 2 sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan Xbox One pada tahun lepas. Ianya kemudian dilancarkan di PC melalui Epic Games Store dan Rockstar Game Launcher pada awal bulan ini. Kini dengan tibanya di Steam, ianya pasti akan memberi lebih banyak pemain untuk memilikinya.

Kami sebelum ini juga telah pun berkongsi ulasan penuh permainan tersebut di mana anda boleh menonton dan membacanya di bawah.

Leave a Reply