Skip to main content

Ogos lepas, Hello Games baru sahaja melancarkan kemaskini baharu buat permainan No Man’s Sky iaitu kemaskini Beyond yang mana ianya bukan sahaja adalah kemaskini terbesar buat permainan tersebut, malah ianya membuatkan permainan tersebut mencapai lebih dari 2 juta jumlah pemain.

Terkini, Hello Games mengumumkan satu lagi kemaskini bakal tiba minggu ini iaitu kemaskini Synthesis di mana ianya akan menyertakan pelbagai kandungan dan bentuk permainan baharu yang mana pasti akan mengembangkan lagi pengalaman pengembaraan pemain di angkasa lepas.

Salah satu kemaskini baharu ini adlaah pemain kini berupaya untuk menaik-taraf kapal angkasa pemain melalui Starship Outfitting Terminal yang terdapat di stesen angkasa. Melaluinya, pemain berupaya menambat slot barangan ataupun menaik-taraf kelas kapal dengan menggunakan nanites. Pemain boleh melupuskan kapal angkasa dan menggunakan saki baki sumber kapal tersebut untuk dijadikan barangan tambahan lain.

Selain itu, bentuk penyunting rupa bumi juga kini diubah-suai dengan visual yang lebih menarik. Manakala pemain juga kini berupaya untuk menyimpan pelbagai kostum-kostum yang dihasilkan oleh pemain sendiri dan keupayaan untuk melihat papan muka kapal angkasa dengan lebih jelas yang mana sebelum ini lebih terhad kepada mod realiti-maya sahaja. Bercakap berkenaan mod realiti-maya, bagi mereka yang bermain melaluinya, kini mereka boleh akses mod foto dan mod menunggang haiwan.

Antara kemaskini terpenting sekali adalah pengurusan barangan yang mana kini ianya lebih mudah untuk dikawal dan disusun. Selain itu, teknologi baharu juga diperkenalkan yang mana pemain boleh untuk menaik-tarafkan kelengkapan pemain.

Hello Games juga memperkenalkan beberapa bentuk rekaan pangkalan baharu seperti bentuk tiga segi yang mana pemain kini berupaya untuk menghasilkan pelbagai jenis bentuk bangunan mengikut citarasa sendiri.

Ini sekaligus membuatkan bentuk pembinaan permainan ini juga ditingkatkan yang mana ianya mempunyai rekaan antara-muka yang lebih senang dan juga bentuk lekat yang mana pasti akan memudahkan pemain untuk membina dengan pelbagai jenis bentuk bangunan.

Semestinya terdapat pelbagai lagi kemaskini lain yang diumumkan termasuklah beberapa pembaik pulih keseimbangan permainan yang anda boleh baca sendiri di senarai kemaskini permainan tersebut di bawah.

No Man’s Sky telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC di mana kemaskini ini adalah percuma untuk semua pemilik permainan ini dan ia boleh mula muat-turun sekitar lewat hari ini.

Leave a Reply