Seperti yang dijanjikan oleh Activision dan Infinity Ward sebelum ini, kandungan-kandungan DLC buat permainan penembak Call Of Duty: Modern Warfare akan dilancarkan secara percuma buat semua pemain. Namun, ini tidak bermakna mereka tidak akan melancarkan kandungan berbayar di mana hari ini, mereka akhirnya mengumumkan pas musim pertama akan tiba buat permainan tersebut.

Seperti sistem “Battle Pass” di pelbagai permainan multi-pemain lain, Activision mengumumkan yang mana mereka akan membawa kandungan musim pertama buat permainan tersebut di semua platform secara serentak dan pemain boleh bermain bersama-sama di antara konsol dan PC melalui sistem rentas-platform yang terdapat di dalam permainan ini.

Dari segi kandungan percuma, Activision mengumumkan yang mana mereka akan menyertakan sebilangan peta lokasi baharu daripada permainan Call Of Duty 4: Modern Warfare seperti peta Crash, Vacant dan semestinya peta kecil yang sangat terkenal, iaitu Shipment. Selain itu, Activision juga menjanjikan sebilangan peta lain untuk mod-mod lain seperti Port untuk mod Ground War, Cargo, Atrium untuk mod 2 lawan 2 Gunfight.

Mod baharu juga akan diperkenalkan seperti mod Reinforce dan Infected yang mana ianya pasti akan memberi cabaran buat pemain bersama-sama dengan mod baharu buat Special Ops.

Terdapat juga beberapa senjata baharu yang akan diperkenalkan seperti Ram-7 dan Holger-26 yang pemain boleh dapatkan secara percuma melalui kemaskini musim pertama ini.

Namun dari segi kandungan 100 peringkat ganjaran “Battle Pass” buat musim pertama ini dan informasi lanjut berkenaannya, Activision akan umumkan kemudian. Kami percaya, kandungan tersebut pasti adalah terhad kepada kandungan kosmetik sahaja.

Kandungan ini musim pertama ini akan dilancarkan secara rasmi pada 3 Disember 2019 ini dan permainan Call Of Duty: Modern Warfare telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC. Kami juga akan mengulas permainan ini dalam masa terdekat ini.

Sohor Kini