Skip to main content

Siri Five Nights At Freddy’s semestinya adalah permainan seram yang sangat terkenal di kalangan pemain beberapa tahun lepas di PC dan kemudiannya permainan ini dikembangkan lagi dengan pelbagai siri dan juga versi realiti-maya yang diumumkan awal tahun ini.

Terkini, Illumix mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan semula siri permainan ini di peranti mudah-alih dengan melancarkan permainan realiti-terimbuh khas di peranti iOS dan Android dengan permua Five Nights At Freddy’s AR: Special Delivery.

Semestinya ini bukanlah pertama kali siri Five Nights At Freddy’s dilancarkan sebagai permua, namun melalui permainan ini, ianya menyertakan satu bentuk realiti-terimbuh yang mana pasti sangat mencabar dan menyeramkan buat pemain.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan permainan ini melalui pautan di bawah yang mana ianya boleh dimuat-turun secara percuma.

[download] Muat-Turun iOS: Five Nights At Freddy’s AR: Special Delivery [/download]

[download] Muat-Turun Android: Five Nights At Freddy’s AR: Special Delivery [/download]

Leave a Reply