Sebelum ini kami melaporkan permainan oleh Elder Games dan Headup iaitu Everreach: Project Eden akan dilancarkan September lepas. Akan tetapi, informasi lanjut berkenaannya tidak diumumkan dan kini, Headup akhirnya mengumumkan yang mana permainan tersebut akan tiba secara rasmi pada 4 Disember 2019, minggu hadapan.
Menurut Headup, permainan ini akan dilancarkan dahulu di Xbox One dan PC melalui Steam. Sebelum ini mereka mengumumkan yang mana permainan tersebut juga akan dilancarkan di PlayStation 4, namun informasi lanjut berkenaannya masih belum diumumkan.
Everreach: Project Eden merupakan permainan aksi RPG yang memfokuskan bentuk penembakan dan dunia sains fiksyen. Menurut pembangun, permainan ini akan menyertakan lebih dari 80 jenis pernaik-tarafan senjata dan kemahiran bersama-sama dengan bentuk pertempuran yang sangat mencabar.
Permainan ini juga akan menyertakan kenderaan motosikal terapung “Hoverbike” yang mana akan memberi pengalaman permainan dan peperangan yang lebih imersif.
Bagi anda yang berminat dengan permainan ini, pastikan anda dapatkannya menjelang minggu hadapan.