Valve hari ini mengumumkan yang mana mereka akan sertakan pelekat khas buat pemain di dalam permainan Counter-Strike: Global Offensive sempena pengumuman permainan Halo: The Master Chief Collection yang tiba di Steam.

Selain itu, mereka juga menyatakan buat mereka yang membeli permainan Halo: The Master Chief Collection di Steam, mereka juga akan sertakan kit muzik khas bertemakan permainan Halo buat permainan Counter-Strike: Global Offensive.

Seperti anda sedia maklum, Counter-Strike: Global Offensive merupakan permainan penembak percuma di PC oleh Valve yang mana ianya adalah siri permainan penembak multi-pemai yang sangat terkenal. Permainan tersebut ditawarkan secara percuma tahun lepas dan kini ianya menyertakan pelbagai kandungan mikro-transaksi permainan di dalamnya.

Sohor Kini