Skip to main content

Bulan lepas, SNK dan Netmarble baru sahaja melancarkan permua King Of Fighters Allstar yang mana ianya permua perlawanan pengembaraan berdasarkan siri permainan perlawanan yang sangat terkenal.

Terkini, Netmarble mengumumkan yang mana mereka mengadakan satu acara kolaborasi bersama satu lagi siri permainan perlawanan terkenal iaitu Tekken.

Melalui acara kolaborasi ini, pemain berpeluang untuk mendapatkan pelbagai watak-watak dari permainan Tekken 7 melalui permua The King Of Fighters Allstar ini. Antara watak yang tersedia adalah Jin Kazama, Heihachi Mishima, Kazuya dan sebagainya.

Menariknya, bersempena dengan pengumuman ini, anda juga berupaya untuk mendapatkan watak Jin Kazama secara percuma dengan hanya log masuk permua ini.

Selain itu, anda juga berupaya untuk mendapatkan pelbagai lagi kostum tambahan dengan melakukan misi-misi yang tersedia melalui acara kolaborasi ini.

The King Of Fighters Allstar telah pun dilancar secara permua di peranti iOS dan Android secara percuma.

[download]App Store: The King of Fighters ALLSTAR[/download] [download]Play Store: The King of Fighters ALLSTAR[/download]

Leave a Reply