Magnus Games Studio minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kemaskini terbesar buat permainan sulung mereka iaitu Re:Legend menjelang 20 Disember 2019 ini.

Antara kemaskini yang disertakan adalah lokasi kepulauan baharu yang mana ianya adalah pulau bersalji, bersempena dengan tema Krismas. Menurut pembangun, pulau tersebut akan menyertakan pelbagai lokasi baharu yang pemain boleh terokai bersama-sama dengan pelbagai perhiasan bertemakan perayaan Krismas.
Selain itu, Magnus Game Studios juga menyertakan lokasi biom baharu iaitu Everdust Desert yang mana pemain berupaya untuk melakukan pelbagai misi dan bertemu dengan pelbagai watak NPC. Tambahan itu, bersempena dengan pengenalan lokasi ini, pemian juga berupaya untuk menjumpai pelbagai raksasa baharu yang pemain boleh tempur dan bela.
Kemaskini terbaru ini juga akan menaik-taraf pengalaman bentuk permainan multi-pemain buat permainan ini yang mana menurut pembangun, kemaskini tersebut akan membuatkan permainan tersebut lebih menyegerak antara pemain-pemain lain ketika melakukan misi dan sebagainya.
Selain itu, mereka juga memperkenalkan permainan bentuk “Beta” menjelang 6 Disember ini untuk pemain yang ingin membantu memusnahkan pepijat dengan melaporkan sebarang pepijat di dalam permainan tersebut.
Selain itu, Re:Legend juga bakal memperkenalkan watak NPC baharu yang pemain boleh temui menjelang kemaskini ini dilancarkan.
Re:Legend merupakan permainan yang dibangunkan oleh Magnus Games Studio, iaitu pembangun tempatan dari Malaysia. Ianya merupakan permainan pengembaraan yang menyertakan pelbagai bentuk simulasi penternakan raksasa dan berkebun. Pemain juga boleh menghasilkan pelbagai jenis kelengkapan dan bertempur dengan pelbagai jenis musuh.
Seperti anda sedia maklum, permainan ini dilancarkan secara akses awal di Steam pada Ogos lepas dan bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga mengadakan jualan khas sehingga 4 Disember ini dengan promosi harga serendah RM39.20, berbanding harga asalnya RM49.