EA dan Respawn Entertainment minggu ini mengumumkan yang permainan Star Wars Jedi: Fallen Order merupakan permainan paling laku secara digital untuk permainan-permainan Star Wars bagi 2 minggu pelancaran. Ia juga merupakan permainan Star Wars dengan penjualan tertinggi di PC semasa hari pelancaran.
Buat masa ini, mereka tidak berkongsi jumlah penjualan secara keseluruhan termasuk secara fizikal. Namun, dengan penerimaan yang positif oleh media dan juga pemain, ini adalah satu langkah kanan untuk IP Star Wars bersama EA.
Star Wars Jedi: Fallen Order sudah dikeluarkan pada 15 November untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.