Valve hari ini memulakan jualan promosi di Steam bersempena dengan musim luruh. Jualan promosi ini bermula pada 27 November sehingga 4 Disember 2019.

Kebanyakan permainan di Steam akan ditawarkan dengan harga yang lebih murah, jadi berkemungkinan besar permainan yang anda simpan dalam senarai hajat juga kini boleh didapati dengan murah. Jika tidak, berikut adalah antara permainan menarik;

  • A Plague Tale: Innocence – RM54.50
  • Assassin’s Creed Odyssey – RM94.05
  • Destiny 2: Shadowkeep – RM82.80
  • Gears 5 – RM47.50
  • GreedFall – RM95.20
  • NBA 2K20 – RM89.50
  • Resident Evil 2 – RM45.87
  • PUBG – RM37.49
  • Shadow of the Tomb Raider – RM87.93
  • Sekiro: Shadows Die Twice – RM142.35

Selain itu, Steam juga kini membuka undian untuk The Steam Awards, antara kategori yang disertakan adalah The Game of the Year, The VR Game of the Year, The Labor of Love, The Better with Friends, The Most Innovative Gameplay, The Outstanding Story-Rich, Best Game You Suck dan The Outstanding Visual Style.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan dengan harga lebih murah dan juga mengundi permainan kegemaran anda.

Steam: Jualan Promosi Musim Luruh

Undi: The Steam Awards

Sohor Kini