Skip to main content

Tony Hawk’s Pro Skater merupakan satu nama yang tidak asing lagi kerana ia adalah permainan terbaik pernah dikeluarkan untuk genre simulasi papan luncur.

Namun, nama permainan ini tercemar dengan pengeluaran terbaru untuk konsol generasi baharu iaitu Tony Hawk’s Pro Skater 5 pada tahun 2015. Permainan tersebut menerima ulasan yang sangat negatif terutama kerana pelbagai masalah yang hadir bersama dengan permainan tersebut.

https://twitter.com/New_WabiSabi/status/1198399011805261824

Selepas itu siri ini tidak lagi menerima sebarang permainan baharu. Minggu ini, berdasarkan beberapa perkongsian, Activision dilaporkan sedang membangunkan versi olahan semula untuk Tony Hawk’s Pro Skater 1 dan 2 yang dikeluarkan pada tahun 1999 dan 2000.

Dengan Activision tidak lagi memegang jenama “Tony Hawk’s” selepas permainan terakhir, mungkin agar sukar untuk mempercayai ura-ura ini tetapi pada masa sama ia juga tidak mustahil.

Apa pendapat anda? Adakah ia akan menjadi satu kenyataan dan adakah anda ingin olahan semula untuk permainan ini atau anda inginkan permainan baharu?

Leave a Reply