Skip to main content

Koei Tecmo minggu ini mengumumkan yang watak DLC seterusnya untuk permainan pertempuran Dead or Alive adalah Rachel iaitu watak daripada siri permainan Ninja Gaiden menyertai watak Momiji yang tiba pada September lepas. Ia adalah bersempena ulang tahun ke-15 tahun untuk Ninja Gaiden.

Buat masa ini mereka tidak mengumumkan bila Rachel akan tiba tetapi seperti watak-watak DLC yang lain, ia boleh dibeli secara berasingan ataupun sebahagian pas semusim untuk musim ke-3.

Dead Or Alive 6 telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC di mana kami juga sebelum ini telah pun mengulasnya di sini. Koei Tecmo juga sebelum ini telah pun melancarkan versi percuma buat permainan perlawanan ini iaitu Dead Or Alive 6: Core Fighters.

Leave a Reply