Pelayan Battleborn Akan Ditutup Pada Tahun 2021

Battleborn merupakan permainan menembak multi-pemain yang dikeluarkan pada tahun 2016. Ia dibangunkan oleh Gearbox dan diterbitkan oleh 2K.

Pada 2 tahun lepas, Gearbox Software telah mengumumkan yang Battleborn tidak akan lagi menerima sebarang kemaskini walaupun ia masih boleh dimainkan. Hari ini, mereka mengumumkan yang pelayan permainan tersebut akan ditutup pada Januari 2021.

Sebelum ia ditutup sepenuhnya, bermula 24 Februari 2020, pemain tidak boleh lagi membeli mata wang digital untuk permainan tersebut. Jadi bagi anda yang bermain permainan ini, inilah masa anda untuk bermain sebelum ia ditutup sepenuhnya.

Battleborn dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini