Skip to main content

Tahun ini, Capcom telah melancarkan Devil May Cry dan Devil May Cry 2 untuk Switch, bagi yang menantikan permainan seterusnya, anda perlu menunggu sehingga tahun depan kerana Capcom hari ini mengumumkan yang Devil May Cry 3 untuk Switch akan dikeluarkan pada 20 Februari 2020.

Devil May Cry 3 merupakan prekuel untuk siri permainan ini di mana penceritaan di dalamnya berlaku beberapa tahun sebelum Devil May Cry. Pemain akan bermain sebagai watak Dante yang lebih muda.

Versi yang ditawarkan adalah Devil May Cry 3 Special Edition yang akan menyertakan Vergil sebagai watak yang boleh digunakan, mod survival “Bloody Palace”. Ia akan ditawarkan dengan harga $19.99 (RM83).

Leave a Reply