Frozen adalah satu filem animasi oleh Disney yang sangat popular, jadi kami tidak terkejut jika filem sambungan iaitu Frozen 2 akan mendapat kejayaan yang boleh dibanggakan.
Perkara tersebut tampaknya disahkan apabila Disney Malaysia melalui akaun Twitter mereka, mengumumkan yang Frozen 2 merupakan filem animasi dengan kutipan tertinggi untuk hari pertama tayangan di Malaysia.
Mereka tidak berkongsi jumlah kutipan, akan tetapi rekod tersebut, sebelum ini dipegang oleh Boboiboy Movie 2 dengan kutipan RM1.18 juta, jadi kami merasakan ia mengutip sekurang-kurangnya RM1.5 juta.