Activision dan Garena mengumumkan buat pertama kalinya mereka akan mengadakan acara kejohanan bagi permua Call Of Duty: Mobile di mana ia bakal berlangsung bermula penghujung bulan ini sehingga penghujung Disember kelak. Menariknya, kejohanan ini akan diadakan di Malaysia, Singapura dan juga Filipina.

Bagi kejohanan di Malaysia, Garena menyatakan bahawa mereka akan menawarkan hadiah terkumpul sehingga RM25,000 di mana juara berpeluang untuk membawa pulang wang hadiah mengikut kedudukan:

  • Tempat Pertama : RM10,000
  • Tempat Kedua: RM5,000
  • Tempat Ketiga: RM3,500
  • Tempat Keempat: RM2,500
  • Tempat Kelima: RM2,000
  • Tempat Keenam: RM2,000

Kejohanan ini akan berlangsung melalui pusingan kelayakan dahulu di mana ianya akan diadakan secara atas-talian. Melaluinya 128 pasukan akan bertempur sesama sendiri mengikut daerah dan pusingan akhir kelayakan akan diadakan pada 14 Disember 2019 ini mengikut daerah.

Manakala bagi pusingan akhir, ianya bakal berlangsung pada 29 Disember 2019 ini. Namun dari segi lokasi dan informasi lanjut, ianya masih belum diumumkan.

Bagi anda yang berminat, anda boleh membuat pendaftaran melalui pautan ini yang mana ianya juga menyertakan segala informasi lain termasuklah peraturan dan sebagainya.

Sohor Kini