Skip to main content

Hujung minggu lepas, Capcom mengumumkan yang mana mereka akan memudahkan pemain baharu untuk ke Master Rank setelah mereka memiliki permainan Monster Hunter World: Iceborne dengan menyertakan set senjata “Defender” buat pemain melalui kemaskini Disember.

Hari ini, Capcom juga umum satu lagi pernambahan baharu buat permainan tersebut yang iaitu raksasa baharu yang pemain boleh buru, Stygian Zignore.

Kemaskini merupakan salah satu kemaskini utama buat permainan tersebut yang mana ianya bakal tiba pada 5 Disember 2019 ini di konsol PlayStation 4 dan Xbox One.

Bagi anda yang tidak mengenai Stygian Zinogre, iaitu adalah raksasa berkelas Fanged Wyvern dan mula diperkenalkan di dalam permainan Monster Hunter 3 Ultimate sebelum ini. Kini melalui pernambahan ini, pemain akhirnya boleh memburu raksasa ini melalui permainan Monster Hunter World: Iceborne.

Selain itu, kemaskini juga akan menyertakan sebilangan senjata dan kelengkapan baharu yang pemain boleh dapatkan bersama-sama lokasi baharu iaitu Guiding Lands melalui rantau Tundra.

Monster Hunter World: Iceborne telah pun dilancarkan pada September lepas yang mana ianya adalah pernambahan buat permainan Monster Hunter World. Ianya telah pun dilancarkan di PlayStation 4 dan Xbox One, manakala versi PC pula disahkan bakal tiba pada Januari tahun hadapan.

Leave a Reply