Skip to main content

Setelah pelbagai video acah yang dikongsikan oleh Bandai Namco sebelum ini, kini mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan One Piece: Pirate Warriors 4 yang mana ia bakal tiba secara rasmi pada 27 Mac 2020 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.

Bersempena dengan pengumuman tarikh pelancaran ini, Bandai Namco juga berkongsi sebilangan kandungan bonus buat mereka yang membuat pra-tempahan ataupun pembelian awal.

Antaranya adalah kostum tambahan buat watak Nami, Zoro dan juga Sanji. Menariknya, mereka juga akan menyertakan dua lagi kostum bonus khas. Selain itu Bandai namco juga umum edisi Deluxe yang akan menyertakan watak Vinsmoke Niji, Ichiji dan Yonji dengan lebih awal dan juga pas musim permainan.

Selain itu, Bandai Namco juga akan menyertakan satu kostum DLC khas secara percuma buat semua pemilik permainan ini iaitu kostum Luffytaro yang mana ianya adalah khas buat watak Luffy D. Monkey.

Tambahan itu, Bandai Namco juga umum edisi terhad buat eprmainan tersebut yang mana akan menyertakan figura khas yang bersaiz 30CM bersama-sama permainan penuh One Piece: Pirate Warriors 4 dan kotak khas.

Siri One Piece: Pirate Warriors merupakan permainan beraksi dengan bentuk “Musou” yang diperkenalkan oleh Koei Tecmo dan Omega Force. Kini sebagai pembangun permainan ini bersama penerbit oleh Bandai Namco, mereka akan membawa permainan ke-4 buat siri tersebut yang mana ianya menyertakan pelbagai watak dari siri anime terkenal One Piece. Menurut mereka juga, permainan ini akan menyertakan suara bahasa Jepun dengan sarikata bahasa Inggeris.

Bandai Namco juga mengesahkan ianya akan dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia menjelang Mac tahun hadapan. Bagi anda yang berminat, anda boleh membuat pra-tempahan bermula sekitar minggu ini mengikut platform pilihan anda.

Leave a Reply