Skip to main content

Knights of Ren merupakan sekumpulan pengguna Force yang jahat, mereka diketuai oleh Kylo Ren. Mereka membuat penampilan pertama di dalam Star Wars: The Force Awakens tetapi sekilas pandang sahaja melalui visi Rey.

Tidak menampilkan diri di dalam The Last Jedi, namun telah disahkan yang mereka akan membuat penampilan di dalam filem seterusnya iaitu The Rise of Skywalker.

Melalui trailer ringkas yang diterbitkan sebagai iklan TV, ia memperlihatkan kumpulan tersebut bersama. Mereka diperlihatkan memakai rekaan kostum yang berbeza, menurut laporan sebelum ini, rekaan-rekaan tersebut adalah rekaan yang direka untuk Kylo Ren tetapi tidak diguna.

Star Wars: The Rise of Skywalker akan mula ditayangkan pada 20 Disember 2019.

Leave a Reply