Skip to main content

CD Projekt minggu lepas telah mengumumkan prestasi kewangan mereka bagi suku ketiga untuk tahun fiskal 2019-2020. Melalui video yang dikongsi oleh mereka, Piotr Nielubowicz iaitu CFO untuk CD Projekt telah melalukan beberapa pengumuman.

Antara pengumuman yang dilakukan adalah Cyberpunk 2077 telah diperingkat akhir pembangunan di mana mereka sedang melakukan pengawalan kualiti secara dalaman dan juga luaran. Ia juga kini sudah melalui proses penyetempatan.

Manakala untuk kewangan pula, CD Projekt terus mendapat prestasi yang baik kerana dibantu oleh penjualan The Witcher 3 yang masih baik dan juga peningkatan pendapatan melalui kedai dalam talian mereka iaitu GOG.

Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 16 April 2020.

Leave a Reply