Devolver Digital hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa permainan GRIS ke konsol PlayStation 4 pada 26 November 2019 ini. Permainan tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Switch, PC dan juga di iOS.

GRIS merupakan satu permainan platformer yang mempunyai visual yang menawan di mana menurut pembangun, ianya juga mempunyai bentuk permainan yang tidak mencabar, sekaligus ianya memberi ketenangan buat mereka yang bermainnya.

Permainan ini juga sebelum ini telah pun terjual melebihi 300,000 salinan setakat Mac lepas dan menariknya ia juga tersenarai untuk anugerah The Game Awards 2019 sebagai permainan yang mempunyai arah seni yang baik.

Bagi anda yang berminat dengan permainan ini, anda boleh dapatkannya menjelang minggu hadapan di PlayStation 4. Manakala di platform yang lain, ianya telah pun dilancarkan.

Sohor Kini