Bandai Namco hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kandungan pernambahan DLC buat permainan Code Vein menjelang awal tahun hadapan.

Menurut kenyataan Bandai Namco, DLC tersebut akan menyertakan 3 kandungan baharu yang mana ianya bukan sahaja akan menyertakan musuh baharu, malah senjata dan pelbagai kandungan baharu.

Selain itu, Bandai Namco juga mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kemaskini percuma khas menjelang Disember ini dengan pelbagai kandungan bertemakan perayaan Krismas.

Code Vein telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.

Sohor Kini