Cubinet Interactive minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan watak baharu buat permua Triple Chain iaitu watak Lassard yang mana beliau mempunyai kuasa api.
Menurut pembangun, watak Lassard tersebut akan mempunyai kemahiran kuasa serangan dan sembuh yang tinggi. Ianya juga mempunyai kemahiran lain untuk pertahanan daripada serangan musuh dan sebagainya. Bagi anda yang ingin mendapatkan watak tersebut, anda berupaya untuk mendapat sebahagian Shard buatnya dengan hanya log masuk permua ini.

Selain itu, kemaskini baharu ini juga akan meneyrtakan cabaran baharu buat pemain dengan sejumlah 10 cabaran yang pemain lakukan. Jika pemain melengkapkan cabaran tersebut, pemain akan diberi pelbagai ganjaran buat pemain.

Kemaskini ini juga akan menyertakan ketua musuh baharu iaitu Judicator Of The Snow di mana ianya pasti akan memberi cabaran buat pemain. Menariknya, setelah pemain menewaskan ketua musuh tersebut, pemain juga berpeluang untuk mendapatkan kostum khas Commander Berserker.
Permua Triple Chain telah pun dilancarkan di peranti iOS dan Android dan ianya boleh dimuat-turun secara percuma melalui pautan di bawah.
[download] Muat-turun Android: Triple Chain [/download][download] Muat-turun iOS: Triple Chain [/download]