Informasi Permainan Video Terkini
Filem Gundala Akan Ditayangkan Di Malaysia 26 Disember Ini – Thor Versi Indonesia?

Filem Gundala Akan Ditayangkan Di Malaysia 26 Disember Ini – Thor Versi Indonesia?

Diterbitkan pada November 22, 2019 oleh .

Bumilangit Cinematic Universe adalah jawapan syarikat produksi dari Indonesia kepada Marvel Cinematic Universe. Ia adalah dunia-dunia yang menggabungkan pelbagai watak dari pelbagai komik dalam satu situasi. Ia diperkenalkan secara rasmi pada bulan Ogos lepas dan terdapat banyak filem yang diperkenalkan.

Filem pertama mereka adalah Gundala. Berdasarkan video acah, ia kelihatan seakan Thor – tetapi dalam versi Indonesia. Gaya menerima kuasa pula adalah seakan The Flash dan latar belakang watak Gundala ini mempunyai elemen ketuhanan. Filem ini akhirnya akan ditayangkan di Malaysia pada tahun 26 Disember 2019.

Bagi yang sudah mula rasa bosan untuk tunggu filem MCU yang seterusnya, anda mungkin boleh move-on dan mula tonton BCU pula. Apa salahnya untuk kita mula lihat satu konsep lain buat filem adiwira?


TIPS & ULASAN