Informasi Permainan Video Terkini
Amazon Dilaporkan Akan Melancarkan Platform Penstriman Permainan Video Seperti Stadia Menjelang Tahun Hadapan

Amazon Dilaporkan Akan Melancarkan Platform Penstriman Permainan Video Seperti Stadia Menjelang Tahun Hadapan

Diterbitkan pada November 22, 2019 oleh .

Tampaknya, platform penstriman permainan video seperti xCloud dan Stadia mungkin akan mendapat pesaing baharu menjelang tahun hadapan di mana Amazon, iaitu gedung atas-talian terkenal di Amerika Syarikat dilaporkan akan melancarkan servis penstriman permainan video mereka sendiri menjelang penghujung tahun hadapan.

Menurut laporan, Amazon kini di dalam perancangan untuk mengumumkan secara rasmi dalam masa terdekat ini di mana mereka juga kini dilaporkan sendang mencari pembangun-pembangun daripada pelbagai syarikat pembangun terkenal seperti Microsoft.

Laporan tersebut juga menyatakan yang mana Amazon akan menyepadukan platform tersebut bersama Twitch, iaitu laman video penstriman yang memfokuskan permainan video oleh mereka, seperti mana yang Google ingin lakukan bersama Stadia dan Youtube.

Sebelum ini kami juga melaporkan yang mana Amazon Game Studios juga sedang membangunkan permainan mereka sendiri iaitu Lord Of The Ring dan beberapa permua di Amazon Appstore. Sekaligus, mereka juga mungkin akan mengembangkan lagi bahagian permainan video mereka kepada servis penstriman.

Meskipun begitu, buat masa ini masih belum terdapat sebarang pengumuman rasmi dan kami percaya menjelang penghujung tahun ini, Amazon pasti akan berkongsi informasi lanjut berkenaannya.


TIPS & ULASAN