Setelah pengumuman dan pelancaran sebilangan permainan-permainan oleh Microsoft di Steam seperti Gears 5 dan Halo: Master Chief Collection, Microsoft kini meneruskan lagi dengan permainan seterusnya iaitu State Of Decay di mana ianya diumumkan bakal tiba pada 31 Mac 2020 ini di Steam.
State Of Decay 2 merupakan permainan pertahanan hidup oleh Undead Labs dan Xbox Games Studios yang mana ianya sebelum ini telah pun dilancarkan di Xbox One dan PC melalui Microsoft Store. Ianya juga boleh dimainkan melalui Xbox Game Pass.
Sejak pelancaran, permainan ini menerima pelbagai kemaskini kandungan baharu yang mana ianya mengembangkan lagi bentuk permainan pertahanan hidup dengan lebih mencabar.
Bagi anda yang berminat, anda boleh ke laman Steam di bawah untuk meletakkan di senarai hajat permainan anda.
[info] Layari Steam: State Of Decay 2 [/info]