Skip to main content

Kami berharap anda tidak terlepas permainan The Messenger yang ditawarkan secara percuma di Epic Games Store sebelum ini, kerana ia kini sudah digantikan dengan satu permainan baharu iaitu Bad North.

Ia merupakan permainan strategi masa nyata yang lebih ringkas jika ingin dibandingkan dengan permainan strategi yang lain. Dibangunkan oleh Plausible Concept dan diterbitkan oleh Raw Fury pada tahun lepas hampir untuk semua platform termasuk juga permainan mudah alih.

Anda boleh memuat turun ataupun menebus bermula sekarang sehingga 29 November sebelum ia digantikan dengan permainan seterusnya iaitu Rayman Legends.

[info]Muat Turun: Bad North[/info]

Leave a Reply