THQ Nordic dan Hexadrive hari ini mengumumkan yang DLC pertama untuk permainan Monkey King: Hero is Back iaitu Episode 1: Uproar in Heaven kini boleh diperoleh untuk PlayStation 4 dan PC.
DLC tersebut merupakan prekuel kepada permainan Monkey King: Hero is Back di mana ia berlaku 500 tahun sebelum kejadian permainan tersebut. Anda boleh menonton trailer untuknya melalui video di bawah.
Ia boleh didapati secara berasingan dengan harga RM42 di PS Store dan Steam ataupun dengan mendapatkan pas semusim yang akan menyertakan barangan di dalam permainan dan juga 2 DLC dengan harga RM125.
Monkey King: Hero is Back sudah dilancarkan untuk PlayStation 4 dan PC pada 17 Oktober 2019.