Bandai Namco hari ini berkongsi maklumat lanjut mengenai permainan seterusnya bagi siri Dragon Ball Z iaitu Dragon Ball Z: Kakarot, dan ia adalah mengenai 7 mutiara naga (dragon ball).
Jika anda mengikuti siri Dragon Ball, anda mesti sudah mengetahui yang dengan mengumpul 7 biji mutiara naga, anda dapat memanggil Shenron iaitu naga yang boleh menunaikan hajat.

Di dalam permainan ini perkara tersebut turut disertakan. Anda boleh mengembara untuk mencarinya akan tetapi apabila anda memanggil Shenron, kelebihan agak aneh, iaitu anda hanya boleh gunakan hajat anda untuk menghidupkan kembali musuh yang sudah ditumpaskan sebelum ini.
Dengan menghidupkan musuh anda seperti Frieza, anda dapat bertempur sekali lagi. Ia akan memberikan dialog yang berbeza, mendapatkan XP dan juga Soul Emblems untuk digunakan bagi mendapatkan pelbagai kebolehan berbeza.
Ia agak pelik, menyusahkan diri untuk mencari 7 biji mutiara naga, kemudian menggunakannya untuk menghidupkan kembali musuh agar anda dapat melawan mereka sekali lagi… tetapi mungkin itu sahaja yang boleh disertakan di dalam permainan ini dan tidak mengganggu bentuk permainan.
Apa pendapat anda mengenai cara mereka menyertakan sesuatu yang penting di dalam siri Dragon Ball ini?
Dragon Ball Z: Kakarot adalah permainan yang dibangunkan oleh CyberConnect 2 dan diterbitkan oleh Bandai Namco. Ia bakal tiba secara rasmi pada 17 Januari 2020 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC.