Bagi anda yang sudah bosan dengan sebilangan permainan bergenre MOBA yang terdapat di peranti telefon pintar sekarang ini, anda mungkin berminat untuk mencuba permua MOBA baharu yang memfokuskan adiwira-adiwira Marvel seperti Iron Man dan Captain America di mana Marvel Super War kini dilancarkan melalui akses awal di Android.

https://www.youtube.com/watch?v=GiMQ90qr5Dw

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Marvel Super War dibangunkan oleh NetEase di mana mereka terkenal dengan permua Omyoji dan Rules Of Survival dan melalui Marvel Super War, mereka memperkenalkan bentuk permainan MOBA (Multiplayer Online Battle Arena) iaitu bentuk permainan seakan Mobile Legends ataupun Dota.

Menariknya juga, permua ini bukan sahaja akan menyertakan pelbagai watak Adiwira dari Marvel, malah kostum-kostum daripada MCU seperti kostum Iron Man dari filem Avengers: Infinity War juga boleh didapatkan melalui permua ini.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, ia boleh dimuat-turun melalui Google Play Store di bawah buat peranti Android. Manakala bagi peranti iOS, ianya dijadualkan untuk dilancarkan pada 19 Disember ini.

Muat-Turun Android: Marvel Super War

Sohor Kini