Menurut laporan The Pokémon Company, permainan Pokémon Sword dan Shield yang baru sahaja dilancarkan Jumaat lepas telah pun terjual melebihi 6 juta salinan. Buat masa ini, laporan ini masih belum disahkan sama ada jualan tersebut adalah hasil jualan versi fizikal dan digital.

Semestinya nilai ini adalah jumlah yang sangat tinggi buat Nintendo di mana ianya adalah hasil jualan permainan di konsol Switch tertinggi dalam tempoh masa seminggu dan menurut laporan, 2 juta hasil daripada jualan tersebut adalah daripada pasaran Jepun sahaja.

Pokémon Sword dan Shield telah pun dilancarkan pada 15 November lepas secara eksklusif di konsol Switch.

Sohor Kini