Informasi Permainan Video Terkini
Permua Sword Art Online: Alicization Rising Steel Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di iOS Dan Android

Permua Sword Art Online: Alicization Rising Steel Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di iOS Dan Android

Diterbitkan pada November 21, 2019 oleh .

Ogos lepas kami berkongsi yang mana permua Sword Art Online: Alicization Rising Steel akan dilancarkan di peranti iOS dan Android yang mana ianya adalah permua berdasarkan musim Alicization buat siri anime terkenal Sword Art Online.

Terkini, Bandai Namco akhirnya mengumumkan yang mana permua tersebut kini dilancarkan secara rasmi secara global dan ianya boleh dimuat-turun secara percuma.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permua ini akan memfokuskan bentuk dan elemen RPG di dalam permainan mudah-alih yang mana ianya akan menyertakan sebilangan watak daripada siri anime tersebut. Selain itu, ianya juga mempunyai penceritaannya tersendiri dengan perspektif baharu yang mana pasti akan menerangkan pengembaraan Kirito dengan lebih mendalam.

Bagi anda yang berminat, anda boleh ke pautan di bawah untuk memuat-turunnya.

Muat-Turun iOS: Sword Art Online: Alicization Rising Steel

Muat-Turun Android: Sword Art Online: Alicization Rising Steel


TIPS & ULASAN