Informasi Permainan Video Terkini
Todd Philip Mungkin Akan Kembali Mengarah Sekuel Filem Joker

Todd Philip Mungkin Akan Kembali Mengarah Sekuel Filem Joker

Diterbitkan pada November 21, 2019 oleh .

Joker adalah filem berasaskan komik yang paling menguntungkan pada tahun ini. Bajet filem ini adalah kurang dari $60 Juta, tetapi ia berjaya mengutip lebih $1 Bilion. Filem ini adalah satu filem DC yang lain daripada yang lain. Ia langsung tidak mengikut plot dari komik, sebaliknya hanya menggunakan nama watak dari komik. Joker dalam filem ini adalah Arthur Fleck dan filem ini mengisahkan bagaimana Arthur berubah menjadi Joker. Joker pula dilakonkan oleh Joaquin Phoenix, yang mana prestasinya adalah sangat dahsyat dan baik.

Terkini, dengan kejayaan filem Joker – sekuel untuk filem ini sudah mula dirancang. Todd Philips dan Scott Silver akan menulis skrip, dan Todd juga mungkin akan kembali mengarah filem ini. Sudah tentu, Joaquin akan kembali sebagai Joker. Perkara ini tidak mustahil kerana kejayaan filem Joker. Kemudian, Todd ada meminta pihak Warner Bros. untuk memegang lesen untuk hasilkan filem-filem asal-usul watak-watak DC – mungkin penjenayah lain pula?

Bukan itu sahaja, sumber mengatakan yang Todd juga mempunyai idea untuk menghasilkan kisah asal-usul Bruce Wayne/Batman. Tetapi beliau tidak ingin teruskan kerana memberi peluang kepada filem The Batman arahan Matt Reeves. Siri TV Gotham juga sudah memperlihatkan kisah asal-usul Bruce Wayne/Batman dan beberapa watak penjahat lain – mungkin itu sudah cukup. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan kemaskini.


TIPS & ULASAN