Semestinya ura-ura berkenaan Assassin’s Creed seterusnya akan memfokuskan era “Viking” bukanlah baru bahkan ianya sering diperacahkan melalui “Easter Egg” yang terdapat di dalam permainan Assassin’s Creed sebelum ini.

Namun terkini tampaknya ianya mungkin adalah benar di mana terdapat beberapa laporan menyatakan bahawa permainan Assassin’s Creed seterusnya akan bernama Assassin’s Creed Ragnarok dan ianya akan memfokuskan era Viking iaitu sekitar tahun 800 AD.

Semestinya ini hanyalah ura-ura sahaja dahulu dan informasi lanjut masih belum diumumkan secara rasmi oleh Ubisoft. Meskipun begitu, apa yang membuatkan ura-ura ini adalah menarik adalah ianya dilaporkan ianya sekali lagi mempunyai bentuk pilihan watak sama ada lelaki ataupun wanita seperti Assassin’s Creed Odyssey dan sistem rekrut dari Brotherhood juga bakal kembali.

Assassin’s Creed Ragnarok juga dilaporkan akan dilancarkan di PlayStation 4 dan juga PlayStation 5, sekaligus ianya mungkin akan dilancarkan sekitar penghujung tahun hadapan ataupun pada tahun 2021 kelak. Namun, buat masa ini informasi lain masih belum dikongsikan dan terdapat laporan yang menyatakan informasi lanjut akan dikongsikan sekitar awal tahun hadapan.

Meskipun begitu, ura-ura ini sememangnya hanya satu khabar angin seperti yang kami katakan di atas. Seperti biasa kami akan mengemaskini jika terdapat informasi lain.

Sohor Kini