Skip to main content

Bagi anda yang masih bermain Borderlands 3, 2k Games dan Gearbox Software hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan DLC buat permainan tersebut iaitu Moxxi’s Heist Of The Handsome Jackpot pada 19 Disember 2019 ini khas buat pemilik pas musim permainna tersebut.

DLC ini seperti biasa kaan menyertakan pelbagai misi baharu yang pemain boleh lakukan dan semestinya ianya akan menyertakan pelbagai kelengkapan dan barangan baharu untuk pemain dapatkan. Menariknya, kali ini ianya akan memfokuskan lokasi kasino The Handsome Jackpot yang mana ianya pasti akan menyertakan pelbagai ganjaran buat pemain.

Semestinya bagi anda yang berminat dengan DLC ini, ianya boleh didapatkan melalui pas musim permainan tersebut yang dijual secara berasingan ataupun secara bersama melalui edisi Super Deluxe.

Borderlands 3 telah pun dilancarkan di PC dan konsol beberapa bulan lepas dan kami juga telah pun mengulasnya di mana anda boleh membacanya di bawah.

Leave a Reply