Skip to main content

Tahun lepas jangkaan kami untuk pemenang The Game Awards 2018 hanya 40% tepat berbanding keputusan yang sebenar. Ia adalah kerana saya menjangkakan Red Dead Redemption 2 akan lebih popular berbanding God of War yang dikeluarkan secara eksklusif.

Namun, jangkaan tersebut sangat meleset apabila God of War membawa pulang permainan terbaik dan beberapa anugerah yang lain. Senarai pencalonan untuk The Game Awards 2019 sudah diumumkan, dan saya akan sekali lagi menjangkakan pemenang untuk setiap anugerah.

Seperti biasa, oleh kerana The Game Awards adalah mengikut undian, permainan yang saya jangka memenangi anugerah tertentu tidak semestinya yang paling layak, sebaliknya yang saya merasakan paling popular.

Naratif Permainan Terbaik

  • A Plague Tale: Innocence
  • Control
  • Death Stranding
  • Disco Elysium
  • The Outer Worlds

Jangkaan: Jika tahun lepas, ia mungkin terbahagi antara dua permainan iaitu God of War dan Red Dead Redemption 2, namun bagi tahun ini, Death Stranding tampaknya merupakan permainan “terbesar” untuk tahun ini. Namun, oleh disebabkan ia menerima ulasan yang bercampur, ada positif dan negatif, agar sukar untuk menjangkakan jika ia dapat mengungguli The Gae Awards 2019. Bagi kategori ini, saya menjangkakan Death Stranding akan memenanginya, bahkan merasakan ia berhak tetapi saya tidak pernah mencuba A Plague Tale ataupun Disco Elysium.

Permainan Dengan Arah Seni Terbaik

  • Control
  • Death Stranding
  • GRIS
  • Sayonara Wild Hearts
  • Sekiro: Shadows Die Twice
  • The Legend Of Zelda: Link’s Awakening

Jangkaan: Saya menyukai arahan seni yang diberikan untuk permaina olahan semula The Legend of Zelda: Link’s Awakening akan tetapi pada masa sama saya juga menyukai apa yang saya lihat di dalam Death Stranding, manakala Control, GRIS dan Sayonara Wild Hearts walaupun unik tetapi tidak dapat menandingin populariti untuk dua permainan sebelum ini. Oleh itu, kategori ini saya menjangkakan Death Stranding mendalu dengan sedikit berbanding Link’s Awakening.

Permainan Dengan Muzik Latar Terbaik

  • Cadence Of Hyrule: Crypt Of NecroDancer
  • Death Stranding
  • Devil May Cry 5
  • Kingdom Hearts III
  • Sayonara Wild Hearts

Jangkaan: Cadence of Hyrule dan Sayonara Wild Hearts merupakan permainan yang berasaskan muzik, manakala Kingdom Hearts III juga mempunyai pelbagai muzik yang direka khas. Namun, walaupun bagi saya Death Stranding yang kebanyakan menggunakan lagu yang sudah tersedia kurang layak untuk memenanginya akan tetapi ia akan turut mendapat anugerah ini.

Persembahan Terbaik

  • Ashley Burch sebagai Parvati Holcomb dari The Outer Worlds
  • Courtney Hope sebagai Jesse Faden dari Control
  • Laura Bailey sebagai Kait Diaz dari Gears 5
  • Mads Mikkelsen sebagai Cliff dari Death Stranding
  • Matthem Porreta sebagai Dr. Casper Darling dari Control
  • Norman Reedus sebagai Sam Porter Bridges dari Death Stranding

Jangkaan: Death Stranding mempunyai banyak pelakon-pelakon terkenal yang memberikan persembahan yang sangat baik, Norman Reedus terutamanya sebagai watak utama akan memenangi anugerah ini akan tetapi saya terkejut kerana Mads Mikkelsen dicalonkan kerana saya merasakan ada watak yang lebih baik di dalam Death Stranding.

Permainan Dengan Impak Terbaik

  • Concrete Genie
  • GRIS
  • Kind Words
  • Life Is Strange 2
  • Sea Of Solitude

Jangkaan: Akhirnya, kategori yang tidak menyertakan Death Stranding, bukan sahaja kerana Life is Strange 2 permainan yang saya cuba di dalam senarai ini, tetapi saya juga merasakan ia adalah permainan yang lebih popular berbanding permainan-permainan lain. Oleh disebabkan itu saya menjangkakan Life is Strange 2 akan membawa pulang anugerah ini.

Permainan Berterusan Terbaik

  • Apex Legends
  • Destiny 2
  • Final Fantasy XIV
  • Fortnite
  • Tom Clancy’s Rainbow Six Siege

Jangkaan: Kecuali Apex Legends dan Final Fantasy XIV, 4 permainan lain yang tersenarai merupakan calon yang sama dengan tahun lepas, di mana Fortnite memenanginya. Bagi kali ini, saya merasakan ia akan kekal dengan Fortnite, walaupun Final Fantasy XIV mendapat penambahan yang sangat baik, dan Apex Legends mendapat penerimaan yang baik tetapi populariti Fortnite masih tertinggi di tambah lagi mereka memulakan chapter 2 tahun ini.

Permainan Indie Terbaik

  • Baba Is You
  • Disco Elysium
  • Katana Zero
  • Outer Wilds
  • Untitled Goose Game

Jangkaan: Saya tidak pernah mencuba mana-mana permainan yang tersenarai di dalam kategori ini, kecuali Untitled Goose Game yang saya mencuba sekejap sahaja. Namun, disebabkan populariti Untitle Goose Game termasuk juga sebagai meme, saya tidak nampak permainan lain akan memenangi anugerah ini kecuali permainan angsa jahat ini.

Permainan Mudah-Alih Terbaik

  • Call Of Duty Mobile
  • Grindstone
  • Sayonara Wild Hearts
  • Sky
  • What The Golf?

Jangkaan: Dengan mendapat muat turun 100 juta kali dalam masa seminggu, saya merasakan ini adalah jangkaan yang mudah untuk dilakukan, Call of Duty Mobile akan memenangi kategori ini. Walaupun begitu perlu diingatkan pada tahun lepas Florence membuat kejutan apabila memenangi kategori ini walaupun bersaing dengan PUBG Mobile dan Fortnite.

Permainan Aksi Terbaik

  • Apex Legends
  • Astral Chain
  • Call Of Duty Modern Warfare
  • Devil May Cry 5
  • Gears 5
  • Metro Exodus

Jangkaan: Kategori ini mempunyai senarai pencalonan yang akan kuat, di mana setiap permainan mempunyai pengikut dan kelebihan tersendiri. Mana-mana permainan boleh dikatakan layak untuk memenangi anugerah ini, namun dengan populariti francais Call of Duty, saya menjangkakan Modern Warfare akan memenanginya.

Permainan Aksi Pengembaraan Terbaik

  • Borderlands 3
  • Control
  • Death Stranding
  • Resident Evil 2
  • The Legend Of Zelda: Link’s Awakening
  • Sekiro: Shadows Die Twice

Jangkaan: 4 daripada 6 permainan yang tersenarai untuk kategori ini juga merupakan calon bagi permainan terbaik, jadi kategori ini juga akan menjadi sangat sengit. Walaupun tidak tersenarai sebagai permainan terbaik Borderlands 3 dan Link’s Awakening mempunyai pengikut tersendiri, akan tetapi seperti mana kategori lain yang menyertakan Death Stranding, saya menjangkakan ia akan mendapat anugerah ini walaupun saya berpendapat Resident Evil 2 lebih layak untuk mendapatkannya.

Permainan RPG Terbaik

  • Disco Elysium
  • Final Fantasy XIV
  • Kingdom Hearts III
  • Monster Hunter World Iceborne
  • The Outer Worlds

Jangkaan: Monster Hunter World memenangi kategori ini pada tahun lepas, akan tetapi penambahan Iceborne tidak menerima sambutan sebaik untuk permainan asal tersebut, manakala The Outer Worlds selepas dikeluarkan terus menerus menerima pujian, oleh disebabkan itu saya menjangkakan The Outer Worlds akan memenangi kategori ini dan sangat berhak.

Permainan Perlawanan Terbaik

  • Dead Or Alive 6
  • Jump Force
  • Mortal Kombat 11
  • Samurai Shodown
  • Super Smash Bros. Ultimate

Jangkaan: Permainan perlawanan adalah satu genre yang niche, setiap permainan mempunyai pengikut tersendiri. Bagi kategori ini saya menjangkakan persaingan adalah di antara Super Smash Bros. Ultimate dan Mortal Kombat 11, tetapi Super Smash akan memenanginya terutama ia mempunyai pemain yang lebih pelbagai.

Permainan Keluarga Terbaik

  • Luigi’s Mansion 3
  • Ring Fit Adventure
  • Super Mario Maker 2
  • Super Smash Bros. Ultimate
  • Yoshi’s Crafted World

Jangkaan: Kategori yang saya boleh katakan sebagai kategori permainan Nintendo ini akan dimenangi oleh Super Smash kerana popularitinya, walaupun saya terkejut ia tersenarai. Walaupun ia boleh dimainkan secara keluarga akan tetapi agak berlainan dengan permainan-permainan lain yang tersenarai.

Permainan Strategi Terbaik

  • Age Of Wonders: Planetfall
  • Anno 1800
  • Fire Emblem Three Houses
  • Total War Three Kingdoms
  • Tropico 6
  • WarGroove

Jangkaan: Fire Emblem Three Houses mempunyai kelainan jika ingin dibandingkan dengan permainan-permainan lain yang tersenarai untuk kategori ini. Oleh disebabkan itu saya menjangkakan ia akan memenanginya, kerana ia adalah permainan yang lebih meluas penerimaannya termasuk juga yang sekadar meminati permainan RPG.

Permainan Sukan/Perlumbaan Terbaik

  • Crash Team Racing Nitro-Fueled
  • Dirt Rally 2.0
  • eFootball Pro Evolution Soccer 2020
  • F1 2019
  • FIFA 20

Jangkaan: Kategori yang sering dimenangi oleh permainan Forza kali ini tidak mencalonkan permainan perlumbaan oleh Microsoft tersebut, oleh disebabkan itu, kali ini FIFA 20 yang paling popular di dalam senarai ini akan memenanginya. Saya juga terkejut kerana NBA 2K20 tidak tersenarai walaupun saya merasakan ia boleh memenanginya.

Permainan Terbaik Tahun Ini

  • Control
  • Death Stranding
  • Super Smash Bros. Ultimate
  • Resident Evil 2
  • Sekiro: Shadows Die Twice
  • The Outer Worlds

Jangkaan: Akhir sekali untuk kategori paling penting bagi The Game Awards, seperti mana jangkaan saya untuk kategori-kategori lain yang menyertakan Death Stranding, permainan oleh Hideo Kojima tersebut akan memenanginya walaupun saya secara peribadi merasakan permainan seperti Resident Evil 2 dan juga Super Smash Bros. Ultimate lebih layak. Walaupun begitu jika Death Stranding memenanginya, saya masih boleh menerimanya kerana ia adalah satu permainan yang baik dan lain berbanding permainan lain.


Berikut adalah jangkaan saya untuk beberapa kategori yang dipertandingkan bagi The Game Awards 2019, untuk senarai penuh pencalonan anda boleh membacanya di pautan ini – Senarai Pencalonan Untuk The Game Awards 2019 Diumumkan – Undian Dibuka Sekarang.

Dengan prestasi jangkaan saya yang tidak baik pada tahun lepas adalah tidak baik, adakah tahun ini ia lebih jelas ataupun kami sekali lagi meleset?

Bagaimana pula dengan anda? Ada kategori yang berbeza dengan pilihan saya? Oleh kerana ini adalah berdasarkan undian, jangan lupa untuk mengundi permainan pilihan anda.

[info]Undi: The Game Awards 2019[/info]

Leave a Reply