Setelah diacahkan beberapa kali berkenaan musim kedua buat permainan perlawanan Soul Calibur VI, hari ini Bandai Namco akhirnya mengumumkan yang mana musim tersebut bakal berlangsung bermula 25 November 2019 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, musim kedua Soul Calibur VI akan menyertakan beberapa watak baharu termasuklah watak Hilde dan Haohmaru yang diumumkan sebelum ini. Selain itu, musim kedua ini juga akan menyertakan beberapa sistem pertempuran baharu seperti kemahiran baharu, lokasi baharu dan juga rekaan paparan antara muka yang berbeza.
Semestinya ini merupakan kemaskini terbesar sejak pelancaran permainan tersebut pada tahun lepas di mana ianya kini bukan sahaja memperkenalkan pelbagai watak-watak jemputan dari permainan lain malah ianya juga menjadi salah satu permainan perlawanan yang sering mendapat sokongan oleh Bandai Namco.
Bagi anda yang berminat, permainan ini telah pun dilancarkan di konsol dan PC pada tahun lepas dan kami sebelum ini telah pun mengulaskannya melalui pautan ini.