Skip to main content

Sony Interactive Entertainment (SIE) hari ini mengumumkan tiga berkas baharu untuk konsol PlayStation 4, termasuk juga PlayStation 4 Pro. Tiga berkas yang ditawarkan adalah Party Bundle untuk PS4 dan PS4 Pro serta Mega Pack untuk PS4. Ia hadir pada 22 November 2019.

Party Bundle akan menyertakan dua permainan iaitu FIFA 20 dan Team Racing Nitro-Fueled secara fizikal bersama dengan konsol PS4 Pro dengan 1TB storan atau PS4 dengan 500GB storan.

Harga untuk berkas ini bagi PS4, ia hadir dengan harga RM1,499 manakala untuk PS4 Pro ditawarkan dengan harga RM1,899.

Manakala untuk berkas Mega Pack, ia hadir dengan konsol PS4 bersama dengan tiga permainan iaitu God of War, Horizon Zero Dawn dan Grand Theft Auto V secara fizikal. Selain itu ia juga menyertakan Fortnite Neo Versa Bundle DLC dan 3 bulan langganan PS Plus (kad). Ia ditawarkan dengan harga RM1,349.

SIE juga mengumumkan yang bermula 22 November hingga 2 Disember, pelanggan PS Plus akan mendapat tambahan 2 bulan langganan menggunakan baucar PS Plus 12 bulan. Ia mesti ditebus semasa tarikh tersebut.

Leave a Reply