Skip to main content

Bulan lepas, Valve telah mengumumkan Remote Play Together untuk Steam, di mana melaluinya pemain boleh bermain permainan multi-pemain setempat secara dalam talian. Ia berfungsi seakan pemain sedang bermain di satu komputer yang sama.

Dengan kata lain, hanya anda sahaja yang perlu memiliki permainan tersebut dan melancarkannya, manakala rakan anda akan strim sesi permainan sambil bermain bersama menggunakan alat kawalan mereka sendiri.

Bermula hari ini, Valve telah melancarkan fungsi tersebut secara terbuka kepada semua. Untuk menggunakan Remote Play Together ini, anda hanya perlu membuka permainan yang menyokongnya (permainan yang mempunyai mod multi-pemain setempat, dan menjemput melalui chat).

Selepas rakan anda menerima jemputan, dia akan terus di bawa ke bahagian permainan tersebut, dan anda boleh mengawalnya untuk memulakan sesi multi-pemain setempat.

Semasa percubaan kami, kualiti strim akan mengecewakan akan tetapi kemungkinan kerana menggunakan dua peranti yang bersambung dengan internet secara tanpa wayar. Valve juga mengatakan jika permainan tersebut menyokong multi-pemain secara dalam talian, ia adalah lebih baik digunakan berbanding sistem Remote Play Together ini.

Bersempena dengan pelancaran ini, Steam juga menganjurkan jualan promosi yang memfokuskan permainan yang mempunyai mod multi-pemain setempat. Senarai permainan yang ditawarkan boleh dilihat di laman Steam.

Ini sudah semestinya satu penambahan yang baik kerana anda tidak lagi perlu menunggu untuk rakan dan datang ke rumah anda untuk bermain bersama.

[info]Steam: Remote Play Together[/info]

Leave a Reply