Informasi Permainan Video Terkini
Asia Tenggara Merupakan Pasaran Permainan Mudah Alih Paling Pesat Membangun

Asia Tenggara Merupakan Pasaran Permainan Mudah Alih Paling Pesat Membangun

Diterbitkan pada November 20, 2019 oleh .

Newzoo minggu ini melalui laporan kajian pasaran mereka mengatakan yang Asia Tenggara (Thailand, Filipina, Vietnam, Malaysia, Singapura dan Indonesia) merupakan pasaran yang paling pesat membangun untuk permainan mudah alih.

Rantau ini akan menjana pendapatan $4.3 bilion (RM17.91 bilion) daripada permainan video untuk tahun 2019 dan $2.6 bilion (RM10.83 bilion) adalah pendapatan daripada permainan mudah alih.

Jumlah ini memperlihatkan pendapatan dijana hampir 70% melalui permainan mudah alih, 22% daripada PC dan 8% untuk konsol. Secara keseluruhan industri permainan video terus meningkat di Asia Tenggara akan tetapi permainan mudah alih adalah paling pesat.


TIPS & ULASAN