Informasi Permainan Video Terkini
Google Berkongsi Trailer Pelancaran Untuk Stadia

Google Berkongsi Trailer Pelancaran Untuk Stadia

Diterbitkan pada November 20, 2019 oleh .

Google Stadia akhirnya dilancarkan secara rasmi (secara terhad kepada pengguna yang membeli Stadia Founder’s Edition di beberapa negara sahaja) dan bersempena dengannya, Google berkongsi trailer pelancaran yang anda boleh menontonnya di bawah.

Kami boleh katakan trailer tersebut agak aneh dan serabut tetapi mesej yang cuba disampaikan adalah penawaran Stadia iaitu bermain permainan video tanpa konsol dengan kualiti yang baik. Ia juga memperlihatkan keupayaan Google untuk menyokong perkhidmatan ini.

Google sebelum ini berkongsi 22 permainan yang hadir bersama dengan pelancaran perkhidmatan tersebut. Berdasarkan beberapa ulasan, Google Stadia menerima penerimaan yang kurang baik, terutama disebabkan banyak kebolehan yang masih terhad dan juga harga permainan yang mahal.


TIPS & ULASAN