Blair Witch Diumumkan Untuk PS4 – Akan Tiba Bulan Depan

Bloober Team dan Lionsgate hari ini mengumumkan yang permainan pengembaraan seram mereka iaitu Blair Witch akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 pada 3 Disember 2019. Ia sebelum ini sudah dikeluarkan untuk Xbox One dan juga PC.

Di dalam permainan ini, pemain harus mencari orang yang hilang di dalam hutan, semasa pencarian pemain akan ditemani oleh seekor anjing, yang akan menerima kemaskini “Good Boy Pack” memberi lebih barangan kosmetik. Seperti di Xbox One X dan PC, permainan ini juga akan menyokong resolusi 4K di PS4 Pro.

Blair Witch sudah dikeluarkan untuk Xbox One dan PC, ia juga merupakan sebahagian daripada Xbox Games Pass.

Sohor Kini