GRID Autosport Akan Turut Berlumba Di Peranti Android Minggu Depan

GRID Autosport merupakan permainan simulasi perlumbaan oleh Codemasters yang sudah dikeluarkan pada tahun 2014 untuk PlayStation 3, Xbox 360 dan PC. Ia kemudiannya di bawa oleh Feral Interactive ke iOS pada tahun 2017 dan Switch pada tahun ini.

Hari ini, Feral Interactive mengumumkan yang permainan tersebut akan turut dikeluarkan untuk Android dan ia akan tiba tidak lama lagi iaitu pada 26 November 2019.

Buat masa ini ia masih tidak disenaraikan di Play Store tetapi dijangka akan dijual dengan harga RM39.90 seperti di App Store.

Sohor Kini